alyainsyirah

Saturday, July 31, 2010

antara sabar dan mengeluh....

 Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.

"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."
Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."
Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu?" 
Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"
Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"
Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."
Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"
Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berzeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."
Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. 
Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:
" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."
Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,: " Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."
Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)
Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

3 kelebihan...

Sirah: Tiga peristiwa ajaib Rasulullah


NABI Muhammad SAW ialah seorang insan yang berperibadi mulia serta menjaga ikutan terbaik bagi umat manusia. Peristiwa yang berlaku kepada Baginda akan membuatkan seseorang insan itu insaf dan ingin mencontohinya.
Begitulah yang berlaku kepada Uqa'il Abi Thalib.
Pada suatu hari beliau keluar bersama Nabi Muhammad. Beliau melihat tiga peristiwa ajaib yang berlaku kepada Rasulullah. Perkara itu menjadikan iman di hatinya tetap serta bertambah kuat terhadap Islam.

Peristiwa pertama, ketika Uqa'il dan Rasulullah berasa haus. Mereka puas mereka mencari punca air di beberapa tempat, namun tidak ditemuinya.

Maka, Rasulullah bersabda kepadanya: "Hai Uqa'il, dakilah gunung itu dan sampaikan salam aku kepadanya serta katakan: "Jika ada pada kamu air, berilah aku minum!"

Uqa'il pun mendaki gunung itu dan berkata kepadanya seperti yang disabdakan oleh Rasulullah.

Maka, sebelum dia selesai berkata, gunung itu berkata dulu dengan fasihnya: "Katakanlah kepada Rasulullah, bahawa sejak Allah menurunkan ayat yang bermaksud: "(Hai orang yang beriman, jagalah diri kamu berserta keluarga kamu daripada (seksa) api neraka yang umpannya daripada manusia dan batu).

"Aku menangis kerana takut jika aku yang menjadi batu itu, maka tidak ada lagi air padaku. Ambillah air yang ada ini."

Peristiwa kedua, ketika Rasulullah ingin membuang hajat iaitu buang air besar. Di hadapannya ketika itu ada beberapa batang pohon.

Maka, Rasulullah berkata kepadanya: "Hai Uqa'il, teruslah engkau berjalan hingga ke pohon itu dan katakanlah kepadanya bahawa sesungguhnya Rasulullah berkata: "Supaya kamu semua datang kepadanya untuk menjadi penutup baginya kerana Baginda akan mengambil air wuduk dan membuang air besar."

Uqa'il pun keluar dan pergi mendapatkan pohon itu. Sebelum dia sempat menyelesaikan tugasnya, ternyata pohon itu sudah tumbang daripada akarnya dan mengelilingi sekitar Rasulullah hingga Baginda selesai daripada hajatnya.

Peristiwa ketiga, ketika Uqa'il sedang berjalan dengan Nabi, tiba-tiba ada seekor unta yang melompat dan berlari di hadapan Rasulullah.

Unta itu lalu berkata: "Ya Rasulullah, aku minta perlindungan daripada kamu."

Ketika unta yang masih belum selesai mengadukan halnya berkata, tiba-tiba datanglah daripada belakangnya seorang Arab kampung dengan membawa pedang terhunus.

Melihat orang itu, Rasulullah berkata: "Hendak apakah kamu terhadap unta ini?"

Arab kampung itu berkata: "Wahai Rasulullah, aku membeli unta itu dengan harga yang mahal, tetapi dia tidak mahu taat dan jinak. Maka, akan aku sembelih saja dan manfaatkan dagingnya (ku berikan kepada orang yang memerlukannya).”

Rasulullah bertanya kepada unta itu: "Mengapa engkau menderhaka kepada tuan kamu?"

Unta itu berkata, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku tidak menderhaka kepadanya daripada sesuatu pekerjaan, tetapi aku tidak taat kepadanya kerana perbuatannya yang buruk.

"Kabilah yang tuan aku termasuk dalam golongannya, sama tidur meninggalkan solat Isyak.

"Jika sekiranya dia mahu berjanji kepada engkau akan mengerjakan solat Isyak, maka aku berjanji tidak akan menderhaka kepadanya. Hal ini kerana aku takut jika Allah menurunkan seksa-Nya kepada mereka, sedang aku berada antara mereka."

Akhirnya Nabi Muhammad mengambil perjanjian dengan orang Arab kampung itu bahawa dia tidak akan meninggalkan solat Isyak.

Rasulullah menyerahkan unta itu kepadanya dan dia kembali kepada tuannya.

Begitulah kehebatan Rasulullah, bukan saja manusia, malah haiwan, gunung dan tumbuh-tumbuhan turut menghormat dan menyayangi Baginda.

Di sebalik kisah itu, jika makhluk lain seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan takut akan azab Allah kerana melanggar perintah-Nya, manusia sepatutnya insaf akan perkara itu.

Jika unta, takut bersuhabat dengan tuannya yang meninggalkan solat, apakah manusia tidak dapat berfikiran begitu?
 renung2kn dan fikirkan lah.....

3 tahun x makan ikan..

KISAHNYA IALAH SEORANG IMAM YANG BERNAMA IMAM ABU HANIFAH@IMAM HANAFI........

SUATU HARI KETIKA BELIAU BERJALAN-JALAN DI TEPI SUNGAI FURRAT,BELIAU TERDENGAR ADA ORANG KETAWA BERDEKAH-DEKAH.SETELAH DI SIASAT ORANG YANG KETAWA BERDEKAH DEKAH ITU IALAH KUMPULAN PENCURI YANG SEDANG MEMAKAN DAGING KAMBING YANG DI CURI....KERANA KEPUASAN DAPAT MENCURI MENYEBABKAN MEREKA KETAWA BERDEKAH-DEKAH.......

IMAM ABU HANIFAH HANYA MEMRHATIKAN GELAGAT PENCURI-PENCURI TERSEBUT.

SETELAH MEREKA SELESAI MAKAN. IMAM ABU HANIFAH TERNAMPAK TULANG TEMULANG KAMBING YANG DI CURI ITU DI BUANG KEDALAM SUNGAI.........

SETELAH ITU IMAM ABU HANIFAH PUN BEREDAR DAN PERGI BERJUMPA DENGAN NELAYAN.

TUJUANNYA IALAH UNTUK MENGETAHUI BERAPAKAH LAMANYA HAYAT SEEKOR IKAN...
LANTAS DI BERITAHU BAHAWA HAYAT SEEKOR IKAN IALAH TIGA TAHUN.....MAKA SELAMA ITULAH IMAM ABU HANIFAH TAK MAKAN DAGING IKAN KERANA BELIAU BIMBANG DARAH DAGINGNYA DI TUMBUHI DARI BENDA-BENDA YANG SYUBHAH (APATAH LAGI YANG HARAM)

BEGITULAH WARA'NYA IMAM ABU HANIFAH.........

INGATLAH SABDA NABI S.AW.

SETIAP DAGING YANG TUMBUH DARI HASIL YANG HARAM,MAKA API NERAKA ADALAH LEBIH LAYAK UNTUKNYA....AU KAMA QOL.....