alyainsyirah

Friday, August 13, 2010

fikIrKan yANg MAnA 1 RamBUt AndA!!!!

1) RAMBUT LURUS -bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan

2) RAMBUT KERINTING TEBAL-kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantic,banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung

3) RAMBUT KERENTING NEGRO -bijak, ego, cemburu buta, romantic , memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah

4) RAMBUT IKAL MAYANG-bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu,berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaaf kan seseorang dengan kesilapan lalu.

5) RAMBUT HALUS/LEMBUT -bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.

6) RAMBUT SIKIT-bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang, ego,dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.

7) RAMBUT PERANG-kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf,sosial dan bijak lari daripada masalah.

8) RAMBUT TEBAL-bijak, degil, cemburu, romantic, kasar, banyak kawan, dan pandai mengambil hati seseorang.

9) RAMBUT KUSUT-sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan.

10) RAMBUT BERUBAN -kurang bijak, suka termenung, sosial sikit,berfikiran terbuka dan pandai selesaikan masalah diri

11) TIADA RAMBUT-macam mana nak kata ye....kasihan kot

12) RAMBUT WARNA KEMERAH-MERAHAN ATAU KEHIJAU HIJAUAN -itu rambutaaannnnnnnnnnnnnnn............he..he..

LEMAH LEMBUTNYA WANITA...UTK LELAKI RENUNGKAN..(INDAH)

Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut.....besar perbezaannya

Namun Ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan ...kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan.. Kecuali jika terpaksa

Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani...di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh Hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari

Lelaki yang mengaku kuat .celik Mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat...di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan TV tidak bergerak

Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak

Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa

Memandikan anak, melipat pakaian Dan membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud... Menyembah yang Satu

Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati... Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita....
Memberi kesedaran supaya segera bangkit

Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adap tradisi
Hukum agama telah terpapar
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan

'KeKaYaaN YaNg PaLiNg KaYa iaLaH AKAL,
KeMiSkiNaN YaNg PaLiNg BeSaR iaLaH JAHIL,
KeBuRuKaN YaNg PaLiNg HoDoH iaLaH SESAT'

Tak perlu mncari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,

Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI.....

ANTARA RAJAK (HARAPAN) DAN KHAUF (KEBIMBANGAN)



Konsep Rajak dikaitkan dengan harapan manusia akan kurniaan Allah sama ada di
dunia mahupun akhirat. Sangkaan baik bahawa Allah akan memasukkan mereka ke
dalam syurga kerana Allah bersifat dengan Maha Pengasih dan Maha Pengampun.

Konsep Khauf pula dikaitkan dengan perasaan takut dan bimbang akan azab Allah
dan malapetaka yang diturunkan sama ada di dunia lebih-lebih lagi di akhirat.

Manusia tidak dapat dipisahkan dari 2 keadaan ini sama ada rajak atau khauf. Ada
yang terlalu berharap (sangka baik) terhadap kurnia Allah sehingga mereka lupa
untuk beribadat kepada Allah. Mereka lalai dan relaks dari tanggungjawab sebagai
hamba Allah namun masih menaruh harapan tinggi Allah akan mengampunkannya.
Mereka lupa bahawa azab Allah amat pedih.

Satu golongan lagi terlalu takut terhadap azab Allah sehingga sebahagian besar
masanya beribadat tanpa ada ruang untuk hal-hal selain dari urusan akhirat. Mereka
lupa untuk menguruskan keduniaan mereka.

Kedua-dua golongan ini extreme sama ada ke arah keduniaan dan keakhiratan
mutlak. Golongan pertama condong ke arah dunia dan lupakan akhirat sementara
kedua condong ke akhirat dan lupakan dunia.

Dalam memperkatakan kedua-dua keadaan ini, kedudukan kita hendaklah antara
khauf dan rajak; tidak terlalu khauf dan tidak terlalu rajak. Adalah lebih selamat
dalam menjalani hidup di dunia ini, kita lebihkan perasaan khauf - takut kepada
Allah. Dengan ada perasaan ini kita sentiasa takut melakukan maksiat dan rajin
membuat ibadat. Hidup kita akan lebih selamat. Meskipun begitu jangan terlalu takut
sehingga terabai tanggungjawab di dunia.

Bila masanya kita perlukan perasaan rajak (harapan)? Jika khauf semasa menjalani
hidup dunia, rajak pula kita gunakan semasa di ambang kematian. Di saat-saat
menghadapi mati, kita hendaklah penuhkan dengan harapan 100% supaya Allah
mengampuni kita. Kita menyangka baik Allah akan memasukkan kita ke dalam
syurga. Ketika inilah kita yakinkan kepada diri kita Allah Maha Pengampun, Maha
Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Lemahlembut. Allah menurut apa yang kita
sangkakan. Jika kita sangka baik terhadap Allah, Allah akan mengikut menurut
sangkaan kita.

Menyorot kehidupan sekarang, seolah-olah manusia sudah hilang perasaan khauf.
Kebanyakannya lalai dan leka dari menunaikan tanggungjawab. Namun pada masa
yang sama mengharapkan keampunan Allah. Harapan begini hanya angan-angan
kosong tak ubah seperti angan-angan Mat Jenin.

Oleh itu sama-samalah nasihat-menasihati antara satu sama lain supaya kita tidak
terdorong kepada perilaku yang terlalu rajak. Sebaliknya tanamkan perasaan khauf
dalam diri kita supaya di akhir nafas kita nanti Allah permudahkan untuk kita
menaruh perasaan rajak. Semoga kita semua akan selamat di satu alam yang kekal
dan abadi di dalam syurga yang penuh kemanisan dan kenikmatan.