alyainsyirah

Saturday, December 25, 2010

Dosa merosakkan hati

Banyak melakukan dosa membuatkan hati seseorang itu rosak kerana bercampur antara baik dan buruk. Maka jangan jadi hati seperti yang disabdakan oleh Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud:- "(Hati yang) tidak lagi menganggap baik perkara yang baik dan tidak menganggap buruk perkara yang buruk, melainkan apa yang disukai oleh hawa nafsunya". 
    Orang yang banyak melakukan dosa semakin renggang hubungannya dengan Allah dan orang mukmin lain. Ini kerana apabila seseorang itu patuh kepada perintah Allah, ia dekat kepadaNya. Orang yang sentiasa melakukan dosa selalu memandang perbuatan dosa itu sebagai perkara kecil. Dalam hal ini, Ibnu Masud berkata:- "Sesungguhnya seorang mukmin itu melihat dosanya seperti sebuah bukit yang dibimbangi akan menimpanya. Manakala, seorang yang selalu melakukan dosa akan memandang dosa itu seperti seekor lalat yang hinggap di atas hidungnya". Dosa yang dilakukan itu akan membawa kehinaan, manakala ketaatan pula dapat melahirkan kemuliaan kepada pelakunya. Dalam hal ini Allah berfirman yang maksudnya: "Sesiapa inginkan kemuliaan, maka sesungguhnya segala kemuliaan itu kepunyaan Allah jua". Orang yang melakukan dosa berasa sempit dadanya, manakala mereka yang taat lapang dadanya. 
    Allah berfirman yang bermaksud: "Maka sesiapa yang Allah hendak beri hidayat nescaya Allah memberi kelapangan dadanya untuk menerima (ajaran) Islam. Sesiapa yang Allah hendak menyesatkan nescaya Allah sempitkan dadanya dan dalam kesukaran seolah-olah ia memanjat langit (kerana tidak cukup oksigen)". Dosa boleh menggelapkan hati sebagaimana amalan kebajikan itu boleh menyinarinya. Ibnu Abbas berkata:- "Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya". 
    Dosa boleh menghalang seseorang itu daripada mendapat cahaya ilmu. Satu ketika, Imam Malik terpegun melihat Imam Syafie (masih remaja ketika itu) kerana kepandaian dan kecerdikannya, lantas beliau berkata: "Sesungguhnya aku melihat Allah mencampakkan ke dalam hati kamu cahaya, maka jangan kamu padamkan cahaya iu dengan kegelapan maksiat". Dosa boleh menyebabkan seseorang itu malas untuk membuat ketaatan. Seseorang pernah berkata kepada Ibnu Masud: "Kami tidak mampu untuk bangun malam (untuk beribadat)". Jawab Ibnu Masud: "Dosa kamu menjauhkan kamu (daripada ibadat di waktu malam)". Oleh yang demikian, hampirilah kebajikan yang akan memberi cahaya kepada hati dan jauhilah kejahatan yang boleh menggelapkan hati seterusnya menghalang cahaya ilmu.

10 perkara yg boleh mematikan hati............

        Ketika Ibrahim bin Ad'ham (seorang ahli tasawuf) berada di pasar
Basrah, telah dikerumuni beliau oleh orang ramai, di antaranya ada yang
bertanya: "Ya Aba Ishak! Gelaran bagi Ibrahim bin Ad'ham mengapakah kami
memohonkan doa kepada Allah, tetapi tidak dikabulkan doa kami?"
Ibrahim bin Ad'ham menjawab: "Kerana hati kamu telah mati disebabkan
sepuluh perkara:

1. Kamu mengenal Allah, tapi kamu tidak menunaikan hak-hakNya.
2. Kamu mengaku bahawa kamu cinta kepada Rasulullah saw, tetapi kamu
   tinggalkan sunnahnya.
3. Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal menurut Al-Quran.
4. Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan
   syukurnya.
5. Kamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak
   menentangnya.
6. Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar adanya, tetapi kamu tidak
   beramal untuknya.
7. Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar adanya, tetapi kamu tidak
   lari daripadanya.
8. Kamu telah berkata bahawa mati itu benar adanya, tetapi kamu tidak
   bersedia baginya.
9. Kamu bangun dari tidur lalu ceritakan keaiban manusia, tetapi kamu
   lupa keaiban kamu sendiri.
10. Kamu mngubur mayat-mayat saudara-saudara kamu, tetapi kamu tidak  
    jadikan pelajaran bagi mereka. 

renung2kan.....

ayat 2
Arrahmaanirrahiim....
(yang maha penyayang dan maha pengasih)

Kedua-dua sifat ini di ulangi sekali lagidi tengah ayat untuk menegakan asas-asas hubungan yang kekal diantara allah dengan makhluk-makhluknya iaitu hubungan kasih sayang dan belas kasihan yang merangsangkan sanjungan dan belas kasihan.

Tuhan di dalam islam tidak memusuhi hamba-hambanya seperti yang di lakukukan oleh tuhan tuhan dalam dongeng greek dan sebagainya.

ayat 3
Maalikiyau middin
(tuhan yang menguasa hari pembalasan)

Kepercayaan terhadap hari balasan (akhirat)merupakan satu lagi aqidah pokok di dalam islam.kepercayaan ini meletakan pandangan dan hati manusia pada sebuah alam yang lain setelah tamatnya alam bumi supaya mereka tidak begitu terkongkong kepada keperluan-keperluan bumi sahaja dan tidak begitu gelisah untuk mendapatkan balasan dan ganjaran dari hasil usaha mereka dalam usia mereka yang pendek di alam bumi.ketika itulah baru mereka dapat berbuat amalan-amalan kerana allah dan sanggup menungggu dengan tenang dan penuh keyakinan terhadap balasan dan ganjaran amalan mereka dari allah samada dialam bumi atau di alam akhirat.Kerana itu kepercayaan kepada hari balasan (akhirat)merupakan persimpangan jalan yang memisahkan antara perhambaan kepada hawa nafsu dengan kebebasan insaniah yang layak dengan kejadian manusia,dan dengan tunduk kepada nilai2 alam bumi dengantunduk kepada nilai2 rabbaniah.

Kehidupan manusia tidak akan bergerak lurus diatas jalan allah selagi kepercayaan kepada hari balasan tidak wujud dalam pemikiran mereka.Selagi hati mereka tidak yakin bahawa ganjaran dan balasan di alam bumi ini bukanlah ganjaran yang terakhir dan selagi mereka tidak percaya bahawa disana ada sebuah alam hidup akhirat yang patut mereka berjuang dan berusaha kerananya.

Orang-orang yang beriman kepada alam ahkirat dan orang yang ingkarkan alam akhirat tidak mempunyai titik persamaan dari segi perasaan,akhlaq,kelakuan dan tindakannya.mereka merupakan dua golongan manusia yang berbeza.mereka tidak bertemu di bumi dan tidak pula di akhirat.

Ayat 4

Iyya kana'buduwaiyya kanastai'in.

("Hanya egkau sahaja (tuhan) yang kami sembah dan hanya kepada mu sahaja kami pohon pertolongan")

Ini satu lagi aqidah pokok yang lahir dari aqidah-aqidah pokok yang lepas yang diterangkan dalam surah ini.Iaitu aqidah ....tiada ibadah melainkan untuk allah dan tiada permohonan pertolongan melainkan kepada allah.

Disini juga satu lagi persimpangan jalan iaitu persimpangan jalan yang memisahkan diantara kebebasan mutlak dari seluruh bentuk perhambaan dengan perhambaan mutlak kepada sesama manusia.Akqidah ini merupakan sebuah perisytiharan hari keputraan kebebasan manusia yang mutlak dari perhambaan kepada kepercayaan-kepercayaan yang karut-marut dan dari perhambaan lkepada peraturan-peraturan dan undang-undang yang diciptakan manusia.

Andainya allah sahja tuhan yang di sembah dan dipohon pertolongan makaselama itulah hati manusia bebas dari perhambaan kepada peraturan-peraturan dan undang-undang ciptaan manusia dan dari perhambaan kepada tokoh-tokoh sebagaimana ia bebas dari perhambaan kepada dongeng-dongeng dan kepercayaan-kepercayaan yang karut marut.

Disini....diterangkan sikap seorang muslim terhadap kuasa-kuasa manusia dan kuasa-kuasa alam.

Bagi seorang muslim kuasa manusia itu terbahagi kepada dua jenis:-

1. Kuasa yang mendapat hidayah(petunjuk)yang beriman kepada allah dan yang menurut jalan allah.Kuasa inilah yang harus disokong olehnya dan di beri kerjasama untuk kebajikan,kebenaran dan kebaikan.

2. Kuasa yang sesat dan tidak mempunyai hubungan dengan allah dan tidak mengikut jalannya.Kuasa ini harus di tentang olehnya.Seseorang muslim tidak harus gentar kepada kuasa-kuasa yang sesat itu.Kerana kuasa yang sesat dan terputus dari kekuatan allah pada hakikatnya tidak lagi mempunyai kekuatan sama seperti nasib serpihan-serpihan dari sebuah bintangyang bernyala-nyala,kemudian beransur malap dan terus padam.

Sikap seorang muslim terhadap kuasa-kuasa alam pula ialah sikap beramah tamah dan bersahabat bukan bersikap takut dan bermusuh.ia menganggapkan bahawa allah telah menciptakan kuasa-kuasa itu untuk menjadi sahabat dan teman pembantu yang boleh bekerjasama.Bagi mengikatkan persahabatan itu,ia harus mengkaji,mengenalpasti dan bekerjasama dengannya serta bersama-sama bertawajjah kepada allah.dan andainya kuasa-kuasa itu mendatangkan kemerbahayaan kepada manusia,maka itu hanya merupakan akibat dari sikap manusia yang tidakl mengkajinya dengan teliti dan tidak mempunyai pengatahuan yang cukup tentang undang-undang perjalanannya.

Biasanya orang barat yang mewarisi kepercayaan jahiliah roman menggunakan ungkapan "menakluk alam" untuk menyatakan satu kejayaan mempergunakan kuasa-kuasa alam.Ungkapan ini jelas menggambarkan satu pandangan jahiliyyah yang putus hubungan dengan allah.Sedangkan seseorang muslim yang mempunyai hubungan yang baik denagn allah,tuhannya yang maha pengasih dan maha penyayang adalah tetap beranggapan bahawa allah itulah pencipta seluruh kuasa-kuasa alam itu,ia ciptakan kuasa-kuasa itu mengikut satu peraturan yang tetap supaya manusia dapat bekerjasama dengannya untuk mencapai matlamat-matlamat yang tekah di tentukan mengikut peraturan itu.
Dari sejak semulajadi lagi kuasa-kuasa itu telah diciptakan allah supaya di gunakan oleh manusia,kerana itu allah memberi kemudahan2 kepada mereka untuk menemui rahsia2 kuasa itu dan mengenalpastikan peraturannya.Oleh sebab itu manusia harus bersyukur kepada allah apabila ia berjaya mendapat pertolongan dari mana-mana kuasa itu kerana allah lah yang telah menundukan kuasa2 itu untuk digunakan mereka,bukan mereka yang menakluknya.

Allah berfirman......

Maksudnya : "Dan dia (allah)telah menciptakn untuk kamu seluruh apa yang ada di bumi"(Al-Jathiyah/13)

dengan sikap sedemikian perasaan seseorang muslim tidak akan di penuhi dengan anggapan2 yang salah terhadap kuasa-kuasa alam dan tidak akan timbul perasaan cemas dan takut terhadap kuasa-kuasa itu.Ia hanya beriman,menyembah dan memohon pertolongan kepada allah yang tunggal sahaja
ia mengkaji dan mempelajari rahsia2 kuasa alam dan hidup bersamanya dalam perhubungan persahabatan dan kemesraan.

Alangkah indahnya sabda Rasulullah s.a.w. ketika beliau merenung bukit uhud.
sabdanya....bukit ini sayangkan kita,dan kita juga sayangkannya....

dalam kata-kata ini,terbayang perasaan kasih mesra Rasulullah s.a.w. yang terjalin antaranya dengan kejadian2 alam yang kasar.