alyainsyirah

Saturday, June 11, 2011

Titah Allah buatmu…..

HambaKu
menyombongkan diri terhadapKu dengan berbagai bentuk kemegahan,
padahal Akulah yang melindungi mereka di tempat tidur mereka.
Aku yang menciptakan
namun yang disembah adalah selainKu.
Aku yang mamberi rezeki
namun selainKu yang disyukuri.
KebaikanKu sentiasa turun kepada para hamba,
tetapi kejahatan merekalah yang naik kepadaKu.
Aku mencintai mereka dengan memberikan mereka nikmat-nikmatKu,
sedangkan Aku tidak memerlukan mereka.
Mereka memancing kemurkaanKu dengan berbagai kemaksiatan
padahal mereka adalah yang paling perlu kepadaKu

waktu dhuha yg penuh berkat

ENAM PESANAN KHUSUS UNTUK WANITA

1. Jaga solat pada awal waktu.
Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena
duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita
meninggal solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga.
Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman
Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh
yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak
mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium
Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya
tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam.
Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.
Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur,
makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.
Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari
syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air
masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan
kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah.
Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaah
di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk
solat dia sendiri.

Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah
bersama teman wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk
dalam hati kita dan mudah nak amalkan

Thursday, June 2, 2011

wasiat hassan al banna.....................





     JAUHI DARI MENGUMPAT PERIBADI ORANG, MENGECAM PERTUBUHAN-PERTUBUHAN
DAN JANGAN BERCAKAP
MELAINKAN PERKARA YANG MENDATANGKAN
KEBAIKAN.




APABILA  SAUDARA MENDENGAR AZAN, MAKA BANGUNLAH BERSEMBHYANG SERTA MERTA WALAUBAGAIMANA KEADAAN SAUDARA SEKALIPUN





BACALAH AL-QURAN ATAU TATAPLAH ILMU ATAU
PERGILAH MENDENGAR  PERKARA YANG BAIK ATAU
BERZIKIR, JANGAN SAMA SEKALI MEMBUANG MASA DALAM PERKARA SIA-SIA



 BERUSAHA SEDAYA UPAYA UNTUK BERTUTUR DALAM  BAHASA FUSHA, KERANA IA MERUPAKAN SALAH SATU SYIAR ISLAM


JANGANLAH BANYAK BERDEBAT DALAM APA PERKARA SEKALIPUN KERANA PERTENGKARAN KOSONG TIDAK MENDATANGKAN SEBARANG KEBAIKAN.

KEWAJIPAN LEBIH BANYAK DARI WAKTU OLEH ITU BANTULAH RAKANMU UNTUK MEMANFAATKAN  WAKTU MEREKA DAN JIKA SAUDARA  BERURUSAN MAKA SINGKATLAH MASA PELAKSANAANNYA.


BERKENALANLAH DENGAN SETIAP RAKAN YANG SAUDARA TEMUI SEKALIPUN SAUDARA TIDAK DIMINTA BERBUAT DEMIKIAN KERANA ASAS DAKWAH KITA IALAH BERKASIH SAYANG DAN BERKENALAN


JANGAN SAUDARA BERCAKAP LEBIH NYARING DARIPADA KADAR YANG DIKEHENDAKI OLEH PENDENGAR KERANA IA BOLEH MENJEMUKAN DAN BOLEH MENYAKITI PENDENGAR.


SAUDARA JANGAN BERGURAU         KERANA UMAT YANG BERJIHAD SENTIASA BERSUNGGUH DAN SERIUS DALAM SETIAP PERKARA.

" Aurat diawasi pergaulan dipagari solat pengikat diri Al- Quran teman, bererti akhlak indah berseri sifat malu penghias diri itulah.  
Muslim @muslimah sejati "